Monday, October 13, 2008

Muhammad S.a.w

Semasa umat manusia dalam kegelapan dan suasana jahiliyyah, lahirlah seorang bayi pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun Gajah bersamaan 571 Masehi di Makkah. Bayi yang dilahirkan bakal membawa perubahan besar bagi sejarah peradaban manusia. Bapa bayi tersebut bernama Abdullah bin Abdul Mutallib yang telah wafat sebelum baginda dilahirkan iaitu sewaktu baginda 7 bulan dalam kandungan ibu. Abdullah dalam perjalanan pulang dari Syam (Syiria) kerana berniaga. Di tengah-tengah perjalanan pulang ke Mekah maka sakitlah dia hingga wafat di Madinah. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Kehadiran bayi itu disambut dengan penuh kasih sayang dan dibawa ke ka'abah, kemudian diberikan nama Muhammad, nama yang belum pernah wujud sebelumnya. Sebelum nabi dilahirkan, ibunya sudah mendapat alamat tentang akan lahirnya.

Selepas itu Muhammad disusukan selama beberapa hari oleh Thuwaibah, budak suruhan Abu Lahab sementara menunggu kedatangan wanita dari Banu Sa'ad. Adat menyusukan bayi sudah menjadi kebiasaan bagi bangsawan-bangsawan Arab di Makkah. Akhir tiba juga wanita dari Banu Sa'ad yang bernama Halimah bin Abi-Dhuaib yang pada mulanya tidak mahu menerima baginda kerana Muhammad seorang anak yatim. Namun begitu, Halimah membawa pulang juga Muhammad ke pedalaman dengan harapan Tuhan akan memberkati keluarganya. Sejak diambilnya Muhammad sebagai anak susuan, kambing ternakan dan susu kambing-kambing tersebut semakin bertambah. Baginda telah tinggal selama 2 tahun di Sahara dan sesudah itu Halimah membawa baginda kembali kepada Aminah dan membawa pulang semula ke pedalaman.
Dalam tahun lahirnya nabi, gabenor Abbessinia yang memerintah Yaman yang beragama Nasrani membuat sebuah gereja di ibu kota San'a. Gereja itu dibuat sebaiknya dan sebesarnya kerana maksudnya gereja itu akan dijadikan balai pertemuan negeri dan agama, untuk mengganti Ka'abah yang ada di kota Mekah. Abrahah, panglima perangnya menuju kota Mekah beserta pasukan gajahnya untuk menghancurkan Ka'abah. Di luar kota, Abrahah berhenti dan memberitahu pada penduduk kota Mekah tentang kedatangannya.
Selama berhenti perajurit-perajuritnya merampas beberapa ekor unta kepunyaan Abdul Muthalib. Abdul Muthalib lantas pergi menemui Abrahah untuk meminta kembali untanya. Abrahah hairan dengan kedatangan Abdul Muthalib, diduganya kedatangan beliau pasti untuk meminta agar Ka'abah tidak dirosakkan. Abrahah berkata: " Kamu hanya sayangkan unta kamu tetapi tidak mempedulikan Ka'abahmu. Saya datang ke mari untuk membinasakannya. "
Jawab Abdul Muthalib: " Saya memikirkan untaku kerana saya tuannya. Tentang Ka'bah, biarlah tuannya sendiri yang akan melindunginya. "
Orang-orang Quraisy kerana tidak berdaya melawan Abrahah maka mereka beredar ke pergunungan di luar kota. Abdul Muthalib sebelum meninggalkan kota ia memegang kelambu Ka'abah sambil berdoa: " Ya Allah, ini rumah tuan. Kami merasa lemah untuk melindunginya. Sudilah kiranya tuan melimpahkan perhatian dan perlindungan padanya. "
Penyakit cacar menjalar di kalangan tentera Abrahah dan merosakkan pasukannya. Kerana hebatnya penyakit itu, akibatnya mereka banyak mati dan yang hidup lari tunggang langgang hingga tidak menghiraukan lagi mayat kawannya.


Kisah Dua Malaikat dan Pembedahan Dada Muhammad


Pada usia dua tahun, baginda didatangi oleh dua orang malaikat yang muncul sebagai lelaki yang berpakaian putih. Mereka bertanggungjawab untuk membedah Muhammad. Pada ketika itu, Halimah dan suaminya tidak menyedari akan kejadian tersebut. Hanya anak mereka yang sebaya menyaksikan kedatangan kedua malaikat tersebut lalu mengkhabarkan kepada Halimah. Halimah lantas memeriksa keadaan Muhammad, namun tiada kesan yang aneh ditemui.

Muhammad tinggal di pedalaman bersama keluarga Halimah selama lima tahun. Selama itu baginda mendapat kasih sayang, kebebasan jiwa dan penjagaan yang baik daripada Halimah dan keluarganya. Selepas itu baginda dibawa pulang kepada datuknya Abdul Mutallib di Makkah.

Datuk baginda, Abdul Mutallib amat menyayangi baginda. Ketika Aminah membawa anaknya itu ke Madinah untuk bertemu dengan saudara-maranya, mereka ditemani oleh Ummu Aiman, budak suruhan perempuan yang ditinggalkan oleh bapa baginda. Baginda ditunjukkan tempat wafatnya Abdullah serta tempat dia dikuburkan.

Sesudah sebulan mereka berada di Madinah, Aminah pun bersiap sedia untuk pulang semula ke Makkah. Dia dan rombongannya kembali ke Makkah menaiki dua ekor unta yang memang dibawa dari Makkah semasa mereka datang dahulu. Namun begitu, ketika mereka sampai di Abwa, ibunya pula jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia lalu dikuburkan di situ juga. Muhammad dibawa pulang ke Makkah oleh Ummu Aiman dengan perasaan yang sangat sedih. Maka jadilah Muhammad sebagai seorang anak yatim piatu ketika umurnya baru 6 tahun. Tinggallah baginda dengan datuk yang dicintainya dan bapa-bapa saudaranya.

"Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung lalu Dia memberikan petunjuk" (Surah Ad-Dhuha, 93: 6-7)


Abdul Mutallib Wafat


Kegembiraannya bersama datuk baginda tidak bertahan lama. Ketika baginda berusia 8 tahun, datuk baginda pula meninggal dunia. Kematian Abdul Mutallib menjadi satu kehilangan besar buat Bani Hashim. Dia mempunyai keteguhan hati, berwibawa, pandangan yang bernas, terhormat dan berpengaruh dikalangan orang Arab. Dia selalu menyediakan makanan dan minuman kepada para tetamu yang berziarah dan membantu penduduk Makkah yang dalam kesusahan.


Muhammad diasuh oleh Abu Talib

Selepas kewafatan datuk baginda, Abu Talib mengambil alih tugas bapanya untuk menjaga anak saudaranya Muhammad. Walaupun Abu Talib kurang mampu berbanding saudaranya yang lain, namun dia mempunyai perasaan yang paling halus dan terhormat di kalangan orang-orang Quraisy. Abu Talib menyayangi Muhammad seperti dia menyayangi anak-anaknya sendiri. Dia juga tertarik dengan budi pekerti Muhammad yang mulia.

Pada suatu hari, ketika mereka berkunjung ke Syam untuk berdagang sewaktu Muhammad berusia 12 tahun, mereka bertemu dengan seorang rahib Kristian bernama Buhaira yang telah dapat melihat tanda-tanda kenabian pada baginda. Lalu rahib tersebut menasihati Abu Talib supaya tidak pergi jauh ke daerah Syam kerana dikhuatiri orang-orang Yahudi akan menyakiti baginda sekiranya diketahui tanda-tanda tersebut. Abu Talib mengikut nasihat rahib tersebut dan dia tidak banyak membawa harta dari perjalanan tersebut. Dia pulang segera ke Makkah dan mengasuh anak-anaknya yang ramai. Muhammad juga telah menjadi sebahagian dari keluarganya. Baginda mengikut mereka ke pekan-pekan yang berdekatan dan mendengar sajak-sajak oleh penyair-penyair terkenal dan pidato-pidato oleh penduduk Yahudi yang anti Arab.

Baginda juga diberi tugas sebagai pengembala kambing. Baginda mengembala kambing keluarganya dan kambing penduduk Makkah. Baginda selalu berfikir dan merenung tentang kejadian alam semasa menjalankan tugasnya. Oleh sebab itu baginda jauh dari segala pemikiran manusia nafsu manusia duniawi. Baginda terhindar daripada perbuatan yang sia-sia, sesuai dengan gelaran yang diberikan iaitu "Al-Amin".

Nabi beristeri
Selepas baginda mula meningkat dewasa, baginda disuruh oleh bapa saudaranya untuk membawa barang dagangan Khadijah binti Khuwailid, seorang peniaga yang kaya dan dihormati. Baginda melaksanakan tugasnya dengan penuh ikhlas dan jujur. Khadijah amat tertarik dengan perwatakan mulia baginda dan keupayaan baginda sebagai seorang pedagang. Lalu dia meluahkan rasa hatinya untuk berkahwin dengan Muhammad yang berusia 25 tahun ketika itu. Wanita bangsawan yang berusia 40 tahun itu sangat gembira apabila Muhammad menerima lamarannya lalu berlangsunglah perkahwinan mereka berdua. Bermulalah lembaran baru dalam hidup Muhammad dan Khadijah sebagai suami isteri.
Dari Siti Khadijah, Nabi mendapat 2 orang putera dan 4 orang puteri yakni;
1. Qosim - wafat pada umur 2 tahun.
2. Zainab - bersuamikan Abul 'As.
3. Ruqayyah - bersuamikan Saiyidina Othman r.a . Ruqayyah meninggal pada waktu kemenangan dalam perang Badar.
4. Ummi Kalthum - bersuamikan Saiyyidina Othman r.a selepas Ruqayyah wafat.
5. Fatimah - bersuamikan Saiyyidina Ali r.a iaitu sepupu nabi.
6. Abdullah - wafat sewaktu erat menyusu.
Semua puteri Nabi wafat mendahului Nabi kecuali Fatimah yang wafat 6 bulan selepas Nabi wafat.

Penurunan Wahyu Pertama

Pada usia 40 tahun, Muhammad telah menerima wahyu yang pertama dan diangkat sebagai nabi sekelian alam. Ketika itu, baginda berada di Gua Hira' dan sentiasa merenung dalam kesunyian, memikirkan nasib umat manusia pada zaman itu. Maka datanglah Malaikat Jibril menyapa dan menyuruhnya membaca ayat quran yang pertama diturunkan kepada Muhammad.

"Bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan" (Al-'Alaq, 96: 1)
"Bacalah," perintah Jibril.
"Saya tidak dapat membaca." jawab Nabi.
Jibril menarik Nabi padanya serta diminta membaca. 3 kali permintaan itu diulanginya, 3 kali pula Nabi menjawab bahawa beliau tidak tahu membaca. Oleh kerana itu adalah perintah-perintah Allah S.W.T diucapkan oleh Jibril maka usaha Nabi untuk membaca akan berhasil juga apabila dilakukan dengan nama Allah.

Kejadian ini berlaku pada suatu malam di bulan Ramadhan bersamaan 611 masehi. Rasulullah pulang dengan penuh rasa gementar lalu diselimuti oleh Khadijah yang cuba menenangkan baginda. Apabila semangat baginda mulai pulih, diceritakan kepada Khadijah tentang kejadian yang telah berlaku. Siti Khadijah mempunyai seorang sepupu yang bernama Waraqah bin Naufal. Kerana tidak puas hati dengan agama menyembah berhala maka beralihlah waraqah ke agama Nasrani. Akan tetapi hatinya yang terlalu inginkan kebenaran tidak puas juga dengan ajaran agama itu. Setelah Waraqah mendengar wahyu yang diterima oleh Nabi tersebut dan cara bagaimana Nabi menerimanya, maka berkatalah ia: " Itulah malaikat yang diutuskan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. Saya berharap kelak saya masih hidup bilamana kelak engkau diasingkan oleh bangsamu."
Nabi bertanya, apakah nanti akan diperlakukan sedemikian oleh sanak saudara dan handai taulannya. Jawab Waraqah: " Demikianlah semua nabi diperlakukan." Selang tidak lama kemudian wafatlah Waraqah bin Naufal. Dan kerana pengakuannya atas kenabian Muhammad dianggap dia sebagai sahabat Nabi juga. Lama sesudah Nabi menerima wahyu yang pertama itu, malaikat Jibril tidak datang kembali. Tetapi ini kebetulan sekali sebab kesehatan Nabi tidak mengizinkan kerana kedatangan malaikat Jibril itu, sebagaimana yang sudah diceritakan di muka tadi dalam hal-hal yang memayahkn Nabi.
Juga sesudah Nabi berulang-ulang menerima wahyu, kedatangan malaikat masih sahaja menyebabkan Nabi mandi peluh dan tubuh beliau menjadi berat. Pernah kejadian Nabi menerima wahyu sedang Nabi berada di tengah-tengah sahabatnya. Kebetulan peha Nabi bertumpang di lutut salah seorang sahabatnya yang duduk di samping beliau. Sementara Malaikat Jibril datang peha beliau menjadi berat, sehingga sahabat itu mengira bahawa ia tak akan kuat lagi menahannya.

Kemudian baginda mula berdakwah secara sembunyi-sembunyi bermula dengan kaum kerabatnya untuk mengelakkan kecaman yang hebat daripada penduduk Makkah yang menyembah berhala. Khadijah isterinya adalah wanita pertama yang mempercayai kenabian baginda. Manakala Ali bin Abi Talib adalah lelaki pertama yang beriman dengan ajaran baginda. Dakwah yang sedemikian berlangsung selama tiga tahun di kalangan keluarganya sahaja.

Dakwah Secara Terang-terangan

Setelah turunnya wahyu memerintahkan baginda untuk berdakwah secara terang-terangan, maka Rasulullah pun mula menyebarkan ajaran Islam secara lebih meluas.

"Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik." (Al-Hijr, 15:94)

Namun begitu, penduduk Quraisy menentang keras ajaran yang dibawa oleh baginda. Mereka memusuhi baginda dan para pengikut baginda termasuk Abu Lahab, bapa saudara baginda sendiri. Tidak pula bagi Abu Talib, dia selalu melindungi anak saudaranya itu namun dia sangat risau akan keselamatan Rasulullah memandangkan tentangan yang hebat dari kaum Quraisy itu. Lalu dia bertanya tentang rancangan Rasulullah seterusnya. Lantas jawab Rasulullah yang bermaksud:

"Wahai bapa saudaraku, andai matahari diletakkan diletakkan di tangan kiriku dan bulan di tangan kananku, agar aku menghentikan seruan ini, aku tidak akan menghentikannya sehingga agama Allah ini meluas ke segala penjuru atau aku binasa kerananya"

Baginda menghadapi pelbagai tekanan, dugaan, penderitaan, cemuhan dan ejekan daripada penduduk-penduduk Makkah yang jahil dan keras hati untuk beriman dengan Allah. Bukan Rasulullah sahaja yang menerima tentangan yang sedemikian, malah para sahabatnya juga turut merasai penderitaan tersebut seperti Amar dan Bilal bin Rabah yang menerima siksaan yang berat.

Kewafatan Khadijah dan Abu Talib

Rasulullah amat sedih melihat tingkahlaku manusia ketika itu terutama kaum Quraisy kerana baginda tahu akan akibat yang akan diterima oleh mereka nanti. Kesedihan itu makin bertambah apabila isteri kesayangannya wafat pada tahun sepuluh kenabiaannya. Isteri bagindalah yang tidak pernah jemu membantu menyebarkan Islam dan mengorbankan jiwa serta hartanya untuk Islam. Dia juga tidak jemu menghiburkan Rasulullah di saat baginda dirundung kesedihan.

Pada tahun itu juga bapa saudara baginda Abu Talib yang mengasuhnya sejak kecil juga meninggal dunia. Maka bertambahlah kesedihan yang dirasai oleh Rasulullah kerana kehilangan orang-orang yang amat disayangi oleh baginda.
Isra' dan Mi'raj
Dalam tahun ke 11 sesudah menerima wahyu, terjadi suatu yang luar biasa pada diri Nabi. Peristiwa itu ialah Isra' nya Nabi dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestine, dan Mi'rajnya dari Masjidil Aqsa ke hadrat ilahi di Sidratul Muntaha. Nabi sendiri harus menerima perintah solat itu secara langsung dari Allah dan tidak cukup dengan perantaraan Jibril sahaja. Ianya hanya dalam semalaman.

Poligami, beristeri lebih dari satu
Sejak meninggalnya Khadijah hingga pada waktu hijrah, Nabi tidak beristeri lagi. Atas desakan Abu Bakar dan sahabat-sahabat lainnya dan pula untuk menghargai Abu Bakar, Nabi sedia memperisterikan anaknya Siti Aisyah. Sesudah perkahwinan Nabi dengan Aishah, Nabi memperisterikan pula Saudah binti Zam'ah, janda Sakran. Saudah adalah seorang janda yang sudah lanjut usianya dan melarat hidupnya. Banuan dari masyarakat Islam susah hendak diperolehi kerana masih kecilnya masyarakat Islam pada waktu itu.

Penghijrahan Ke Madinah

Tekanan daripada orang-orang kafir terhadap perjuangan Rasulullah semakin hebat selepas pemergian isteri dan bapa saudara baginda. Maka Rasulullah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Madinah berikutan ancaman daripada kafir Quraisy untuk membunuh baginda.

Rasulullah disambut dengan meriahnya oleh para penduduk Madinah. Mereka digelar kaum Muhajirin manakala penduduk-penduduk Madinah dipanggil golongan Ansar. Seruan baginda diterima baik oleh kebanyakan para penduduk Madinah dan sebuah negara Islam didirikan di bawah pimpinan Rasulullas s.a.w sendiri.

Negara Islam Madinah

Negara Islam yang baru dibina di Madinah mendapat tentangan daripada kaum Quraisy di Makkah dan gangguan dari penduduk Yahudi serta kaum bukan Islam yang lain. Namun begitu, Nabi Muhammad s.a.w berjaya juga menubuhkan sebuah negara Islam yang mengamalkan sepenuhnya pentadbiran dan perundangan yang berlandaskan syariat Islam. Baginda dilantik sebagai ketua agama, tentera dan negara. Semua rakyat mendapat hak yang saksama. Piagam Madinah yang merupakan sebuah kanun atau perjanjian bertulis telah dibentuk. Piagam ini mengandungi beberapa fasal yang melibatkan hubungan antara semua rakyat termasuk kaum bukan Islam dan merangkumi aspek politik, sosial, agama, ekonomi dan ketenteraan. Kandungan piagam adalah berdasarkan wahyu dan dijadikan dasar undang-undang Madinah.

Islam adalah agama yang mementingkan kedamaian. Namun begitu, aspek pertahanan amat penting bagi melindungi agama, masyarakat dan negara. Rasulullah telah menyertai 27 kali ekspedisi tentera untuk mempertahan dan menegakkan keadilan Islam. Peperangan yang ditempuhi baginda ialah Perang Badar (623 M/2 H), Perang Uhud (624 M/3 H), Perang Khandak (626 M/5 H) dan Perang Tabuk (630 M/9 H). Namun tidak semua peperangan diakhiri dengan kemenangan.

Pada tahun 625 M/ 4 Hijrah, Perjanjian Hudaibiyah telah dimeterai antara penduduk Islam Madinah dan kaum Musyrikin Makkah. Maka dengan itu, negara Islam Madinah telah diiktiraf. Nabi Muhammad s.a.w. juga telah berjaya membuka semula kota Makkah pada 630 M/9 H bersama dengan 10 000 orang para pengikutnya.

Perang terakhir yang disertai oleh Rasulullah ialah Perang Tabuk dan baginda dan pengikutnya berjaya mendapat kemenangan. Pada tahun berikutnya, baginda telah menunaikan haji bersama-sama dengan 100 000 orang pengikutnya. Baginda juga telah menyampaikan amanat baginda yang terakhir pada tahun itu juga. Sabda baginda yang bermaksud:

"Wahai sekalian manusia, ketahuilah bahawa Tuhan kamu Maha Esa dan kamu semua adalah daripada satu keturunan iaitu keturunan Nabi Adam a.s. Semulia-mulia manusia di antara kamu di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling bertakwa. Aku telah tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selama-lamanya selagi kamu berpegang teguh dengan dua perkara itu, iaitu kitab al-Quran dan Sunnah Rasulullah."

Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w

Baginda telah wafat pada bulan Jun tahun 632 M/12 Rabiul Awal tahun 11 Hijrah. Baginda wafat setelah selesai melaksanakan tugasnya sebagai rasul dan pemimpin negara. Baginda berjaya membawa manusia ke jalan yang benar dan menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab, berilmu dan berkebolehan. Rasulullah adalah contoh terbaik bagi semua manusia sepanjang zaman.

Penciptaan tubuh nabi

Penciptaan Tubuh Suci Nabi sall-Allahu 'alaihi wasallam
Ka'ab al Ahbaar radhiy-Allahu 'anhu mengatakan, "Ketika Allah SWT menginginkan untuk menciptakan Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam, Ia memerintahkan Malaikat Jibril untuk membawa kepada-Nya tanah liat yang menjadi jantung dari bumi, yang menjadi kemegahan dan cahayanya. Jibril pun turun, ditemani beberapa malaikat dari Tempat Tertinggi di Surga. Ia mengambil segenggam tanah untuk penciptaan Nabi sall-Allahu 'alaihi wasallam dari suatu tempat yang kini menjadi makam suci beliau sall-Allahu 'alaihi wasallam; tanah itu berkilau putih cerah. Kemudian ia meramas dan mengadun tanah itu dengan air ciptaan terbaik dari Air Terjun Syurgawi Tasniim, yang berada dalam sungai-sungai jernih yang mengalir di Syurga. Ia mengaduninya sampai tanah itu menjadi suatu mutiara putih dengan pancaran warna putihnya yang cemerlang. Para malaikat membawanya, mengelilingi 'Arasy Syurgawi dan gunung-gunung dan samudera. Dengan begitu, para malaikat dan seluruh makhluq menjadi tahu akan keberadaan junjungan kita Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam dan kehormatan beliau; sebelum mereka mengetahui Adam."
Ibn 'Abbas radhiy-Allahu 'anhumengatakan, "Asal usul dari tanah liat Nabi Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam adalah dari pusat bumi, di Makkah, di titik di mana Ka'bah berdiri. Kerana itu pula, Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam menjadi asal usul penciptaan, dan semua makhluq ciptaan adalah pengikut-pengikut beliau."
Pengarang Awarif al Ma'arif [al-Suhrawardi], berkata bahawa ketika Banjir meluap, menebarkan buih ke seluruh penjuru, esensi dari Nabi sall-Allahu 'alaihi wasallam berhenti hingga ke suatu tempat di dekat tanah kubur beliau di Madinah, sehingga beliau sall-Allahu 'alaihi wasallam menjadi seseorang yang termasuk dalam Makkah mahupun Madinah.
Diriwayatkan bahawa ketika Allah Subhanahu Wa Ta'ala menciptakan Adam 'alaihissalam, Ia Subhanahu Wa Ta'ala mengilhamkan kepada Adam untuk bertanya, "Wahai Tuhan, mengapakah Engkau memberiku nama panggilan, Abu Muhammad (ayah dari Muhammad)?" Allah menjawab, "Wahai Adam, angkat kepalamu." Adam pun mengangkat kepalanya dan ia melihat cahaya dari Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam dalam kubah 'Arsy. Adam kemudian bertanya lagi, "Wahai Tuhan, cahaya apakah ini?" Allah menjawab, "Ini adalah cahaya dari seorang Nabi keturunanmu. Namanya di Syurga adalah Ahmad, dan di Bumi namanya Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam. Jika bukan demi dirinya, tentu Aku tidak akan menciptakan dirimu, tidak pula Langit, tidak pula Bumi."
'Abd al-Razzaq meriwayatkan, dari Jabir bin 'Abdullah radhiy-Allahu 'anhu, bahawa ia berkata, "Ya RasulAllah, semoga ayahku dan ibuku dikorbankan demi dirimu, ceritakan padaku tentang hal pertama yang Allah ciptakan, sebelum yang lain-lainnya." Beliau menjawab, "Wahai Jabir, Allah menciptakan, sebelum apa pun yang lain, cahaya Nabimu dari cahaya-Nya. Cahaya itu mulai bergerak ke mana pun Allah kehendaki dengan Qudrat Ilahiah Allah. Pada saat itu belum ada Tablet (Lauh) belum pula Pena; belum ada Syurga mahupun Neraka, tidak ada malaikat; tidak ada Langit, tidak pula Bumi; tak ada Matahari mahupun Bulan, tak ada Jinn ataupun manusia. Ketika Allah ingin untuk menciptakan makhluq-Nya, Ia membagi cahaya itu menjadi empat bagian. Dari bagian pertama, Ia menciptakan Pena, dari yang kedua, Tablet (Lauh), dan dari yang ketiga, 'Arasy. Kemudian, Ia membahagi bahagian keempat menjadi empat bahagian: bahagian pertama membentuk para pembawa 'Arasy, bahagian kedua menjadi penunjang kaki 'Arasy, dan dari bahagian ketiga Ia menciptakan malaikat-malaikat lainnya. Ia kemudian membahagi bahagian keempat menjadi empat bahagian lagi: Ia menciptakan langit dari bahagian pertama, bumi-bumi dari bahagian kedua, Syurga dan Neraka dari bahagian ketiga. Kemudian Ia membahagi lagi bahagian keempat sisanya menjadi empat bahagian: menciptakan cahaya firasat orang-orang beriman dari bahagian pertama, cahaya kalbu-kalbu mereka(iaitu ma'rifat Allah) dari bahagian kedua, dan dari bahagian ketiga Ia ciptakan cahaya kesenangan dan kegembiraan (Uns, iaitu Laa ilaha illa Allah, Muhammadun Rasuulullah).
Suatu riwayat lain dari 'Ali ibn Al-Husain radhiy-A llahu 'anhu dari ayahnya [iaitu Husain ibn 'Ali ibn Abi Talib, peny.] radhiy-Allahu 'anhu, dari datuknya [iaitu 'Ali ibn Abi Talib] karram-Allahu wajhahu, dari Nabi sall-Allahu 'alaihi wasallam yang bersabda, "Aku adalah suatu cahaya di hadapan Tuhanku, empat belas ribu tahun sebelum penciptaan Adam." Telah pula diriwayatkan bahawa ketika Allah menciptakan Adam 'alaihissalam, Ia Subhanahu Wa Ta'ala menaruh cahaya itu di punggung Adam, dan cahaya itu biasa berkilau dari bahagian depannya, menelan seluruh sisa cahayanya. Kemudian Allah menaruh cahaya itu ke 'Arasy Kekuasaan-Nya, dan memerintahkan malaikat-malaikat-Nya membawanya di pundak mereka, dan memerintahkan mereka pula untuk membawa Adam berkeliling di Langit dan mempertunjukkan padanya keindahan-keindahan Kerajaan-Nya.
Ibn 'Abbas radhiy-Allahu 'anhu berkata, Penciptaan Adam adalah pada hari Jumat di sore hari. Allah kemudian menciptakan baginya Hawa', istrinya, dari satu tulang rusuk kirinya ketika ia sedang tertidur. Saat ia bangun dan melihat Hawa', Adam merasa tenteram dengannya, dan ia mulai merentangkan tangannya ke Hawa'. Malaikat berkata, "Berhenti, Adam." Adam berkata, "Kenapa, tidakkah Allah menciptakannya untukku?" Mereka menjawab, "Tidak boleh hingga kau membayar mas kawin padanya". Adam bertanya, "Apa mas kawinnya?" Para Malaikat menjawab, "Dengan membaca salawat atas Muhammad tiga kali." [dan dalam riwayat lain, dua puluh kali].
Telah pula diriwayatkan bahawa ketika Adam 'alaihissalam meninggalkan Syurga, ia melihat tertulis di kaki 'Arasy dan di setiap titik dalam Syurga, nama Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam di samping nama Allah. Adam bertanya, "Wahai Tuhan, siapakah Muhammad?" Allah menjawab, "Dia adalah anakmu, yang jika seandainya tidak demi dirinya, tentu Aku tidak akan menciptakanmu." Kemudian Adam berkata, "Wahai Tuhan, demi anak ini, kurniakanlah rahmat pada ayahnya." Allah memanggil, "Wahai Adam, seandainya engkau akan bersyafa'at melalui Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam bagi seluruh penduduk Langit dan Bumi, Kami akan kabulkan permohonan syafa'atmu."
'Umar Ibn al-Khattab radhiy-Allahu 'anhu berkata bahawa Sayyidina Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam bersabda, "Ketika Adam berbuat dosa, ia berkata, 'Ya Allah, aku memohon kepadamu demi Muhammad untuk mengampuniku.' Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman padanya, 'Bagaimana dirimu tahu akan Muhammad padahal Aku belum menciptakannya?' Adam menjawab, 'Kerana ketika Engkau, Ya Tuhanku, menciptakanku dengan Tangan-Mu, dan meniupkan padaku dari Ruh-Mu, aku memandang ke atas dan melihat tertulis di kaki-kaki 'Arasy, Laa ilaaha illallah, Muhammadun Rasuulullah. Aku tahu bahawa Engkau tidak akan menaruh suatu nama di samping Nama-Mu, melainkan pastilah itu adalah nama seseorang yang paling Kau-cintai dari makhluq-Mu.' Allah berfirman, 'Oh, Adam, kau telah mengatakan kebenaran: dialah yang paling Kucintai di antara makhluq ciptaan-Ku. Dan kerana engkau telah memohon pada-Ku demi dirinya, engkau kuampuni. Seandainya tidak untuk Muhammad, Aku tak akan menciptakanmu. Dialah penutup para Nabi dari keturunanmu.'"
Dalam Hadits Salman radhiy-Allahu 'anhu, diriwayatkan bahawa Jibril 'alaihissalam turun menemui Nabi sall-Allahu 'alaihi wasallam dan berkata, "Tuhanmu mengatakan, 'Jika Aku telah menjadikan Ibrahim sebagai yang Ku-cintai, sahabat dekat (khalil), Aku pun menganggapmu demikian. Tak pernah Ku-ciptakan makhluq apa pun yang lebih berharga bagi-Ku daripada dirimu, dan telah Ku-ciptakan dunia ini dan penduduknya dengan maksud untuk membiarkan mereka mengetahui kehormatanmu dan mengetahui erti keberadaanmu bagi-Ku; dan seandainya tidak untukmu, tidaklah Kuciptakan dunia ini'".

Hawa' 'alaihassalam melahirkan empat puluh anak dari Adam 'alaihissalam, dalam dua puluh kali kelahiran; tetapi ia melahirkan Seth [atau Syits] 'alaihissalam secara terpisah, sebagai kehormatan bagi junjungan kita Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam, yang cahayanya berpindah dari Adam ke Seth. Sebelum wafatnya, Adam menitipkan pemeliharaan anak-anaknya kepada Seth, dan ia pun, sebagai gilirannya, mempercayakan pada anak-anak tersebut, wasiat dari Adam: untuk menaruh cahaya itu hanya pada wanita yang suci. Wasiat ini berlanjut, abad demi abad, sampai Allah memberikan cahaya itu kepada Abdul Muttalib dan puteranya, Abdullah. Dengan cara inilah, Allah menjaga kemurnian silsilah tanpa cela dari Nabi Muhammad sall-Allahu 'alayhi wasallam, dari perzinaan orang-orang bodoh.
Ibn 'Abbas radiyAllahu 'anhu berkata, "Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam bersabda, 'Tak satu pun perzinaan jahil menyentuh kelahiranku. Aku dilahirkan tidak lain hanya dengan pernikahan Islam.'"
Hisyam ibn Muhammad Al-Kalbi meriwayatkan bahawa ayahnya berkata, "Aku menghitung bagi (silsilah) Nabi Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam ada lima ratus ribu ibu, dan tak kutemukan di antara mereka satu jejak pun perzinaan, atau apa pun dari interaksi orang-orang bodoh."
Ali radiyAllahu 'anhu berkata bahawa Nabi sall-Allahu 'alaihi wasallam bersabda, "Aku datang dari pernikahan, aku tidak datang dari perzinaan; dari Adam hingga diriku dilahirkan dari ayah dan ibuku, tak satu pun perzinaan orang jahil yang menyentuh diriku."
Ibn 'Abbas radiyAllahu 'anhu berkata bahawa Nabi Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam bersabda, "Orang tua moyangku tak pernah melakukan perzinaan. Allah menjaga memindahkanku dari sulbi yang baik ke rahim yang suci, murni dan tersucikan; bila saja ada dua jalan untuk berpindah, aku menuju ke yang terbaik di antara mereka."
Anas radiyAllahu 'anhu berkata bahawa Nabi Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam membaca, "La qad jaa-akum Rasuulum min Anfusikum" [QS. 9:128], dan bersabda, "Aku adalah yang terbaik di antara kalian dalam silsilahku, dalam hubungan-hubungan-ku dan nenek moyangku: tak ada perzinaan pada ayah-ayahku dalam setiap tingkat hingga ke Adam."
'Aisyah radiyAllahu 'anhu meriwayatkan dari Nabi sall-Allahu 'alaihi wasallam bahawa Jibril 'alaihissalam berkata, "Aku telah meneliti Bumi dari timur ke barat, dan tak kutemui seorang manusia pun yang lebih baik dari Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam, dan tak kutemui seorang anak laki-laki dari ayah mana pun yang lebih baik dari anak-anak Hasyim (Bani Hasyim)."
Dalam Sahih Al-Bukhari, Abu Hurairah radiyAllahu 'anhu meriwayatkan bahawa Nabi sall-Allahu 'alaihi wasallam bersabda, "Aku telah diutus dari generasi terbaik dari Anak-anak Adam, satu demi satu hingga aku mencapai keadaanku sekarang ini."
Dalam Sahih Muslim, Watsila ibn al-Aska' meriwayatkan bahawa Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam bersabda, "Allah telah memilih Kinana dari anak-anak Isma'il, dan Quraisy dari Kinana, dan dari Quraish, anak-anak Hasyim, dan akhirnya memilihku dari Bani Hasyim."
Al 'Abbas radiyAllahu 'anhu berkata Nabi Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam bersabda, "Allah menciptakan makhluq, dan menempatkanku dalam kelompok-kelompok terbaik, dan yang terbaik dari dua kelompok; kemudian Ia memilih suku, dan menaruhku pada yang terbaik di antara keluarga-keluarga mereka. Kerana itulah, aku memiliki keperibadian terbaik, roh dan sifat terbaik, dan memiliki asal-usul terbaik di antara mereka."
Ibn 'Umar radiyAllahu 'anhu berkata bahawa Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam bersabda, "Allah memeriksa ciptaan-Nya dan memilih Bani Adam (manusia) dari mereka; Ia memeriksa Bani Adam dan memilih orang-orang Arab darinya; Ia memeriksa kaum Arab dan memilihku dari antara mereka. Kerananya, aku selalu menjadi yang terpilih di antara yang terpilih. Lihatlah, orang-orang yang mencintai kaum Arab, adalah kerana cinta kepadaku hingga mereka mencintai kaum Arab, dan mereka yang membenci kaum Arab, adalah kerana mereka membenciku hingga mereka pun membenci Arab."
Ketahuilah bahawa Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam tidaklah terkait (memiliki) secara langsung pada saudara laki-laki atau perempuan siapa pun dari orang tua-orang tuanya; beliau sall-Allahu 'alaihi wasallam adalah anak satu-satunya mereka dan silsilah mereka berhenti pada beliau. Dengan begitu, beliau secara eksklusif 'memegang penuh' suatu silsilah yang Allah (SWT)inginkan menjadi yang tertinggi yang dapat dicapai suatu kenabian, dan yang memegang puncak kehormatan.
Jika Anda memeriksa status silsilah beliau sall-Allahu 'alaihi wasallam dan mengetahui kesucian kelahiran beliau sall-Allahu 'alaihi wasallam, Anda akan yakin bahawa silsilah beliau adalah suatu keturunan dari ayah-ayah yang terhormat, kerana beliau adalah Al-Nabi sall-Allahu 'alaihi wasallam, Al 'Arabi sall-Allahu 'alaihi wasallam, Al Abtahi sall-Allahu 'alaihi wasallam, Al Harami sall-Allahu 'alaihi wasallam, Al Hasyimi sall-Allahu 'alaihi wasallam, Al Quraisyi sall-Allahu 'alaihi wasallam, elite dari Bani Hasyim, seseorang yang telah dipilih dari suku-suku terunggul bangsa Arab, dari silsilah terbaik, keturunan paling mulia, cabang yang paling subur, pilar tertinggi, asal usul terbaik, akar-akar terkuat, memiliki lidah terfasih, gaya bicara terhalus, darjat kebajikan) yang paling memberatkan, iman paling sempurna, persahabatan paling kuat, kaum kerabat paling terhormat dari kedua pihak orang tua, dan dari tanah Allah yang paling mulia. Beliau sall-Allahu 'alaihi wasallam memiliki banyak nama dan yang paling terkemuka adalah Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam ibn (putera) Abdullah. Beliau juga adalah putera Abdul Muttalib, yang namanya adalah Syaybat-ul Hamd, anak Hasyim, yang namanya adalah Amr; anak dari Abd Manaaf, yang namanya adalah al-Mughiirah, anak dari Qusai, yang namanya adalah Mujammi', anak dari Kilaab, yang namanya Hakiim, ibn Murra, ibn Ka'b (dari suku Quraisy), ibn Lu'ai, ibn Ghalib, ibn Fihr, yang namanya adalah Kinana, ibn Khuzaima, ibn Mudrika, ibn Ilias, ibn Mudhar, ibn Nizar, ibn Ma'add, ibn Adnan.
Ibn Dihia berkata, "Para ulama setuju dan kesepakatan ulama adalah bukti bahawa Nabi Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam telah menyebutkan silsilah beliau hingga Adnan, dan tidak menyebutkan di atas itu."
Ibn 'Abbas radiyAllahu 'anhu meriwayatkan bahawa bila saja Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam menyebutkan silsilahnya beliau tak pernah menyebut di atas Ma'add, ibn Adnan, dan akan berhenti, dengan mengatakan, "Para genealogis (ahli silsilah) telah berbohong." Beliau akan mengulangi ucapannya itu dua atau tiga kali. Ibn 'Abbas juga berkata, "Di antara Adnan dan Isma'il ada tiga puluh ayah yang tak diketahui [namanya, red.]."

Ka'b al-Ahbaar radiyAllahu 'anhu berkata, "Ketika cahaya Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam sampai pada Abdul Muttalib, dan dia telah mencapai usia kedewasaan, dia tidur suatu hari di halaman Ka'bah; ketika ia bangun, matanya terhitamkan dengan antimony (kohl), rambutnya terminyaki, ia terhiasi dengan jubah yang indah dan cantik. Ia terkejut, tak mengetahui siapa yang telah melakukan hal itu padanya. Ayahnya menggapai tangannya dan segera membawanya ke tukang ramal Quraisy; mereka menasihatinya untuk menikah, dan ia pun menikah. Bau dari misk terbaik biasa memancar keluar dari dirinya, dengan Nur (cahaya) dari Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam berkilauan dari dahinya. Bila saja terjadi kekeringan, kaum Quraisy biasa membawanya ke Gunung Tsabiir, dan berdoa kepada Allah melalui dirinya memohon Allah untuk menurunkan hujan. Allah akan menjawab doa mereka dan menurunkan hujan kerana barakah dari Nur Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam."
Ketika Abrahah, raja Yaman datang untuk menghancurkan rumah suci (Ka'bah) dan khabar tentang ini sampai ke kaum Quraisy, Abd al-Muttalib berkata pada mereka, "Ia tak akan sampai ke Rumah ini, kerana Rumah ini di bawah perlindungan Tuhannya." Dalam perjalanannya ke Makkah, Abrahah menjarah unta-unta dan domba kaum Quraisy, di antaranya empat ratus unta betina milik Abd Al-Muttalib. Ia dan banyak dari kaum Quraisy pergi ke Gunung Tsabiir. Setelah mendaki gunung tersebut, cahaya dari NabiyAllah sall-Allahu 'alaihi wasallam muncul dalam bentuk suatu lingkaran di dahinya seperti sebuah bulan sabit, dan sinarnya terpantulkan ke Rumah Suci Ka'bah. Ketika 'Abdul Muttalib melihat hal itu, ia berkata, "Wahai, kaum Quraisy, engkau boleh kembali sekarang, sudah aman. Demi Allah, kini cahaya ini telah membentuk suatu lingkaran pada diriku, tak ada keraguan bahawa kemenangan menjadi milik kita."
Mereka kembali ke Makkah, di mana mereka bertemu seorang laki-laki yang diutus Abrahah. Saat melihat wajah 'Abdul Muttalib, laki-laki tersebut tertegun, lidahnya tergagap-gagap. Ia pun pingsan, sambil melenguh seperti lembu jantan yang tengah disembelih. Ketika ia sedar kembali, ia pun jatuh bersujud kepada Abdul Muttalib, sambil berkata, "Aku bersaksi bahawa engkau benar-benar Pemimpin Kaum Quraisy."
Telah diriwayatkan pula bahawa ketika Abdul Muttalib muncul di depan Abrahah, gajah putih yang besar dalam pasukannya melihat ke wajah Abdul Muttalib dan jatuh berlutut seperti seekor unta, dan jatuh bersujud. Allah membuat gajah tersebut berbicara, berkata, "Keselamatan bagi cahaya di sulbimu, wahai Abd al-Muttalib." Ketika pasukan Abrahah mendekat untuk menghancurkan Ka'bah suci, gajah tadi berlutut kembali. Mereka memukulinya kepalanya dengan hebat untuk membuatnya berdiri, yang tak mahu ia lakukan. Tetapi, ketika mereka memutarnya menuju Yaman, ia pun berdiri. Kemudian Allah mengirimkan untuk melawan mereka, armada-armada burung dari lautan, setiap ekor dari mereka membawa tiga batu: satu dalam paruhnya, dan satu dalam setiap cakar kakinya. Batu-batu itu memiliki ukuran seperti miju-miju, dan jika satu batu mengenai seorang prajurit, prajurit itu akan terbunuh. Pasukan Abrahah lari tunggang langgang. Abrahah sendiri terserang suatu penyakit. Hujung jari-hujung jarinya terlepas, satu demi satu. Tubuhnya mengeluarkan darah dan nanah, dan akhirnya jantungnya terbelah, dan ia pun tewas.
Peristiwa inilah yang diacu oleh Allah ketika Ia berfirman pada Nabi-Nya sall-Allahu 'alaihi wasallam, mengatakan, "Tahukah engkau bagaimana Tuhanmu memperlakukan Pasukan Gajah..." (QS Al-Fiil:1-5). Peristiwa ini adalah suatu tanda akan martabat dari junjungan kita, Muhammad sall-Allahu 'alaihi wasallam, dan suatu tanda akan kenabiannya, dan kedudukannya. Peristiwa ini juga menunjukkan kehormatan yang dikurniakan pada masyarakatnya, dan bagaimana mereka dilindungi, yang membuat kaum Arab menyerah pada mereka, dan percaya pada kemuliaan dan keunggulan mereka, kerana adanya perlindungan Allah atas diri mereka dan pembelaan-Nya pada mereka melawan plot dari Abrahah yang seakan-akan tak terkalahkan.

Penciptaan roh Nabi

Penciptaan Ruh Nabi Sall-Allahu 'alayhi Wasallam
Saat Allah Subhanahu wa Ta'ala mengeluarkan keputusan Ilahiah untuk mewujudkan makhluq, Ia pun menciptakan Haqiqat Muhammadaniyyah (Realiti Muhammad –Nuur Muhammad) dari Cahaya-Nya. Ia Subhanahu wa Ta'ala kemudian menciptakan dari Haqiqat ini keseluruhan alam, baik alam atas mahupun bawah. Allah Subhanahu wa Ta'ala kemudian memberitahu Muhammad akan Kenabiannya, sementara saat itu Adam masih belum berbentuk apa-apa kecuali berupa ruh dan badan. Kemudian darinya (dari Muhammad) keluar tercipta sumber-sumber dari ruh, yang membuat beliau lebih luhur dibandingkan seluruh makhluq ciptaan lainnya, dan menjadikannya pula ayah dari semua makhluq yang wujud. Dalam Sahih Muslim, Nabi (SAW) bersabda bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala telah menulis Taqdir seluruh makhluq lima puluh ribu tahun (dan tahun di sisi Allah adalah berbeda dari tahun manusia, peny.) sebelum Ia menciptakan Langit dan Bumi, dan `Arasy-Nya berada di atas Air, dan di antara hal-hal yang telah tertulis dalam ad-Dzikir, yang merupakan Umm al-Kitab (induk Kitab), adalah bahawa Muhammad sall-Allahu 'alayhi wasallam adalah Penutup para Nabi. Al Irbadh ibn Sariya, berkata bahawa Nabi sall-Allahu 'alayhi wasallam bersabda, "Menurut Allah, aku sudah menjadi Penutup Para Nabi, ketika Adam masih dalam bentuk tanah liat."
Maysara al-Dhabbi (ra) berkata bahawa ia bertanya pada Nabi sall-Allahu 'alayhi wasallam, "Ya RasulAllah, bilakah Anda menjadi seorang Nabi?" Beliau sall-Allahu 'alayhi wasallam menjawab, "Ketika Adam masih di antara ruh dan badannya."
Suhail bin Salih Al-Hamadani berkata, "Aku bertanya pada Abu Ja'far Muhammad ibn `Ali radiy-Allahu 'anhu, `Bagaimanakah Nabi Muhammad sall-Allahu 'alayhi wasallam bisa mendahului nabi-nabi lain sedangkan beliau akan diutus paling akhir?" Abu Ja'far radiy-Allahu 'anhu menjawab bahawa ketika Allah menciptakan anak-anak Adam (manusia) dan menyuruh mereka bersaksi tentang Diri-Nya (menjawab pertanyaan-Nya, `Bukankah Aku ini Tuhanmu?'), Muhammad sall-Allahu 'alayhi wasallam-lah yang pertama menjawab `Ya!' Kerana itu, beliau mendahului seluruh nabi-nabi, sekalipun beliau diutus paling akhir."
Al-Syaikh Taqiyu d-Diin Al-Subki mengomentari hadits ini dengan mengatakan bahawa kerana Allah Ta'ala menciptakan arwah (jamak dari ruh) sebelum tubuh fisik, perkataan Muhammad sall-Allahu 'alayhi wasallam "Aku adalah seorang Nabi," ini mengacu pada roh suci beliau, mengacu pada hakikat beliau; dan akal fikiran kita tak mampu memahami hakikat-hakikat ini. Tak seorang pun memahaminya kecuali Dia yang menciptakannya, dan mereka yang telah Allah dukung dengan Nur Ilahiah.
Jadi, Allah Subhanahu wa Ta'ala telah mengurniakan kenabian pada ruh Nabi sall-Allahu 'alayhi wasallam bahkan sebelum penciptaan Adam; yang Ia telah ciptakan ruh itu, dan Ia limpahkan barakah tak berhingga atas ciptaan ini, dengan menuliskan nama Muhammad sall-Allahu 'alayhi wasallam pada `Arasy Ilahiah, dan memberitahu para Malaikat dan lainnya akan penghargaan-Nya yang tinggi bagi beliau (sall-Allahu 'alayhi wasallam). Dus, Haqiqat Nabi Muhammad sall-Allahu 'alayhi wasallam telah wujud sejak saat itu, meski tubuh ragawinya baru diciptakan kemudian. Al Syi'bi meriwayatkan bahawa seorang laki-laki bertanya, "Ya RasulAllah, bilakah Anda menjadi seorang Nabi?" Beliau menjawab, "ketika Adam masih di antara roh dan badannya, ketika janji dibuat atasku." Kerana itulah, beliau (sall-Allahu 'alayhi wasallam) adalah yang pertama diciptakan di antara para Nabi, dan yang terakhir diutus.
Diriwayatkan bahawa Nabi (sall-Allahu 'alayhi wasallam) adalah satu-satunya yang diciptakan keluar dari sulbi Adam sebelum ruh Adam ditiupkan pada badannya, kerana beliau (sall-Allahu 'alayhi wasallam) adalah sebab dari diciptakannya manusia, beliau (sall-Allahu 'alayhi wasallam) adalah junjungan mereka, substansi mereka, ekstraksi mereka, dan mahkota dari kalung mereka.
`Ali ibn Abi Thalib karram-Allahu wajhahu dan Ibn `Abbas radiy-Allahu 'anhu keduanya meriwayatkan bahawa Nabi (sall-Allahu 'alayhi wasallam) bersabda, "Allah tak pernah mengutus seorang nabi, dari Adam dan seterusnya, melainkan sang Nabi itu harus melakukan perjanjian dengan-Nya berkenaan dengan Muhammad (sall-Allahu 'alayhi wasallam): seandainya Muhammad (SAW) diutus di masa hidup sang Nabi itu, maka ia harus beriman pada beliau (sall-Allahu 'alayhi wasallam) dan mendukung beliau (sall-Allahu 'alayhi wasallam), dan Nabi itu pun harus mengambil janji yang serupa dari ummatnya.
Diriwayatkan bahawa ketika Allah SWT menciptakan Nur Nabi kita Muhammad sall-Allahu 'alayhi wasallam, Ia Subhanahu wa Ta'ala memerintahkan padanya untuk memandang pada nur-nur dari Nabi-nabi lainnya. Cahaya beliau melingkupi cahaya mereka semua, dan Allah SWT membuat mereka berbicara, dan mereka pun berkata, "Wahai, Tuhan kami, siapakah yang meliputi diri kami dengan cahayanya?" Allah Subhanahu wa Ta'ala menjawab, "Ini adalah cahaya dari Muhammad ibn `Abdullah; jika kalian beriman padanya akan Kujadikan kalian sebagai nabi-nabi." Mereka menjawab, "Kami beriman padanya dan pada kenabiannya." Allah berfirman, "Apakah Aku menjadi saksimu?" Mereka menjawab, "Ya." Allah berfirman, "Apakah kalian setuju, dan mengambil perjanjian dengan-Ku ini sebagai mengikat dirimu?" Mereka menjawab, "Kami setuju." Allah berfirman, "Maka saksikanlah (hai para Nabi), dan Aku menjadi saksi (pula) bersamamu."(QS 3:81).
Inilah makna dari firman Allah Subhanahu wa Ta'ala. "Dan (ingatlah), ketika Allah mengambil perjanjian dari para nabi: `Sungguh, apa saja yang Aku berikan kepadamu berupa kitab dan hikmah, kemudian datang kepadamu seorang Rasul yang membenarkan apa yang ada padamu, nescaya kamu akan sungguh-sungguh beriman kepadanya dan menolongnya.'" (QS 3:81).
Syaikh Taqiyyud Diin al-Subki mengatakan, "Dalam ayat mulia ini, tampak jelas penghormatan kepada Nabi (sall-Allahu 'alayhi wasallam) dan pujian atas kemuliaannya. Ayat ini juga menunjukkan bahawa seandainya beliau diutus di zaman Nabi-nabi lain itu, maka risalah da'wah beliau pun harus diikuti oleh mereka. Kerana itulah, kenabiannya dan risalahnya adalah universal dan umum bagi seluruh ciptaan dari masa Adam hingga hari Pembalasan, dan seluruh Nabi beserta ummat mereka adalah termasuk pula dalam ummat beliau sall-Allahu 'alayhi wasallam. Jadi, sabda sayyidina Muhammad (sall-Allahu 'alayhi wasallam), "Aku telah diutus bagi seluruh ummat manusia," bukan hanya ditujukan bagi orang-orang di zaman beliau hingga Hari Pembalasan, tapi juga meliputi mereka yang hidup sebelumnya. Hal ini menjelaskan lebih jauh perkataan beliau, "Aku adalah seorang Nabi ketika Adam masih di antara ruh dan badannya." Berpijak dari hal ini, Muhammad (sall-Allahu 'alayhi wasallam) adalah Nabi dari para nabi, sebagaimana telah pula jelas saat malam Isra' Mi'raj, saat mana para Nabi melakukan salat berjama'ah di belakang beliau (yang bertindak selaku Imam). Keunggulan beliau ini akan menjadi jelas nanti di Akhirat, saat seluruh Nabi akan berkumpul di bawah bendera beliau.

Kelahiran nabi

Kelahiran Ajaib Muhammad sall-Allahu 'alayhi wasallam

Amr ibn Qutaiba mendengar ayahnya, yang merupakan seseorang yang amat berilmu, mengatakan, "Ketika saatnya tiba bagi Aminah untuk melahirkan, Allah berfirman kepada para Malaikat, 'Bukalah seluruh pintu-pintu Langit, dan pintu-pintu Syurga.' Matahari pada hari itu bersinar dengan cahaya yang agung, dan pada tahun itu pula Allah SWT mengizinkan seluruh wanita di Bumi untuk mengandung anak laki-laki, demi kehormatan Muhammad sall-Allahu 'alayhi wasallam."
Ibn 'Abbas (RA) berkata bahawa Aminah RA pernah meriwayatkan sebagai berikut, "Seorang Malaikat datang kepadaku dalam suatu mimpi selama bulan keenam kehamilanku dan berkata padaku, 'Wahai, Aaminah, engkau tengah mengandung seseorang yang terbaik dari seluruh alam. Jika kau telah melahirkannya, beri nama dia Muhammad, dan jagalah ini sebagai rahsia.' Saat aku mulai mengalami rasa sakit dalam proses melahirkan, tak seorang pun tahu bahawa aku berada di rumah sendirian, termasuk Abd Al-Muttalib yang tengah melakukan thawaf mengelilingi Ka'bah. Aku mendengar suara keras yang membuatku takut. Kemudian, aku melihat apa yang nampak seperti sayap dari seekor burung putih, menggosok kalbu (jantung)-ku, menghilangkan seluruh rasa takut, dan seluruh rasa sakit yang kurasakan hilang.
Di hadapanku muncul suatu minuman putih yang kemudian kuminum, dan setelah itu muncul suatu cahaya terang yang jatuh padaku dan aku dikelilingi oleh beberapa wanita, tinggi bagai pohon-pohon palem, yang terlihat seperti wanita- wanita Abd Manaf. Aku terpesona, dan berpikir, 'Ooh, bagaimanakah mereka tahu akan diriku?' Mereka berkata padaku, 'Kami adalah 'Asiyah, isteri Fir'aun, dan Maryam, puteri Imran.' Kondisi tubuhku makin memuncak (menuju kelahiran), dan aku dapat mendengar suara dentuman yang makin mengeras dan makin menakutkan jam demi jam. Ketika aku sedang mengalami hal-hal ini, tiba-tiba kulihat selembar kain sutera putih terentang di antara Langit dan Bumi, dan mendengar seseorang berkata, 'Sembunyikan dirinya (bayi Muhammad sall-Allahu 'alayhi wasallam) hingga tak seorang pun dapat melihatnya.'
Aku melihat beberapa orang laki- laki berdiri di udara dengan kendi-kendi perak di tangan mereka. Aku melihat sekelompok burung-burung memenuhi kamarku, masing-masing memiliki paruh emerald dan sayap-sayap rubi. Kemudian Allah SWT mengangkat tirai hijab dari penglihatanku, dan aku menyaksikan seluruh Bumi di Timur dan Barat, dan tiga spanduk ditegakkan; satu di Timur, satu di Barat, dan satu di atap Ka'bah. Kemudian aku pun melahirkan Muhammad. Segera ia bersujud, mengangkat kedua tangannya ke Langit seakan-akan sedang memohon dengan rendah hati.
Kemudian aku melihat suatu awan putih datang dari Langit yang menaunginya dan menyebabkannya hilang dari pandanganku, dan aku mendengar suatu suara yang menyeru, 'Bawa dia berkeliling ke segenap penjuru bumi, timur dan barat, dan ke dalam lautan dan samudera, sehingga semua akan mengetahui tentang dirinya dengan namanya, sifat-sifatnya, dan bentuknya.' Kemudian awan itu lenyap dengan cepatnya."
Al-Khatiib Al-Baghdadi meriwayatkan bahawa Aaminah (RA) berkata, "Saat aku melahirkan Muhammad sall-Allahu 'alayhi wasallam, aku melihat suatu awan besar yang bersinar, di dalam mana kudengar kuda-kuda meringkik, sayap- sayap terkepak, dan manusia-manusia bercakap. Awan itu meliputinya sall-Allahu 'alayhi wasallam dan ia sall-Allahu 'alayhi wasallam pun lenyap dari pandanganku. Kemudian aku mendengar suatu suara yang menyeru, 'Bawalah Muhammad ke segenap penjuru Bumi. Tunjukkanlah dia pada seluruh makhluq dan wujud spritual; pada Jinn, manusia, malaikat, burung-burung, dan haiwan-haiwan liar.
Berikan padanya bentuk Adam, pengetahuan Seth (Syits), keberanian Nuh, persahabatan Ibrahim, lidah Ismail, keqonaahan (kepenerimaan) Ishaq, kefasihan Salih, kebijaksanaan Luth, khabar gembira dari Ya'qub, kekuatan dari Musa, kesabaran Ayyub, ketaatan Yunus, perjuangan Yasa' (Joshua), perlindungan Dawud, cinta Daniel, rasa hormat yang dimiliki Ilyas, kesucian Yahya, dan kezuhudan 'Isa, dan tenggelamkan ia dalam sifat-sifat para Nabi.' Lalu, awan itu menghilang dan Muhammad menggenggam selembar kain sutra hijau yang tergulung rapat, dengan air yang memancar dari dalamnya, dan seseorang berkata, 'Hebat, hebat, Muhammad telah menggenggam seluruh alam; seluruh makhluq di dalamnya telah masuk dalam genggamannya, tanpa satu pun tersisa.'
Kemudian aku melihat padanya dan ia pun melihat padaku, dan ia tampak bagaikan bulan purnama yang indah di waktu malam. Semerbak wanginya menyebar bagai misk terbaik, dan tiba-tiba muncul tiga orang, salah seorang dari mereka membawa kendi perak, yang kedua bak mandi emerald, dan yang ketiga, membawa selembar kain sutera putih, yang ia buka lipatannya. Ia kemudian mengeluarkan sebuah cincin yang berkilau indah, lalu mencuci cincin itu dalam kendi tadi tujuh kali, kemudian ia membuat cap (tanda) di antara kedua bahunya sall-Allahu 'alayhi wasallam dengan cincin itu, membungkusnya dengan sutra tadi, dan akhirnya membawanya di bawah sayap-sayapnya dan memberikannya kembali kepadaku."
Ibn 'Abbas (RA) meriwayatkan, "Ketika Muhammad sall-Allahu 'alayhi wasallam dilahirkan, Ridwan, penjaga Syurga, berujar di telinganya mengatakan, 'Berbahagialah, oh, Muhammad, pengetahuan apa pun yang dimiliki nabi lainnya, engkau pun telah dikurniai pengetahuan dan ilmu itu. Kerana itulah, engkaulah yang paling berpengetahuan dan memiliki hati paling berani, di antara mereka.'"
Ibn 'Abbas (RA) juga meriwayatkan bahawa Aminah (RA) berkata, "Ketika aku melahirkan Nabi, bersamanya keluar suatu cahaya yang menerangi ruang di antara timur dan barat. Ia lalu terjatuh ke tanah, bersandar pada kedua tangannya, mengambil segenggam tanah, menggenggamnya, kemudian menengadahkan kepalanya ke Langit."
At-Tabarani meriwayatkan pula bahawa ketika ia terjatuh ke tanah, ia menarik jari-jarinya bersamaan, dengan jari telunjuknya mengambil sikap menunjuk, bersaksi atas keesaan (Tawhid) Allah.
'Utsman ibn Abi il Aas meriwayatkan bahawa ibunya, Fatimah berkata, "Pada saat kelahiran Muhammad sall-Allahu 'alayhi wasallam aku melihat rumah itu dipenuhi cahaya-cahaya dan bintang-bintang pun bergerak mendekatinya hingga aku berfikir bahawa mereka akan jatuh menimpaku."
Al Irbadh ibn Sariya meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad sall-Allahu 'alayhi wasallam bersabda, "Aku adalah hamba Allah, dan Penutup para Nabi, dari sejak zaman ketika Adam masih dilempar dari tanah liat. Aku akan menjelaskan hal ini padamu: akulah jawaban dari doa ayahku Ibrahim, khabar gembira yang dibawa 'Isa, dan firasat (visi) yang dilihat oleh ibuku. Ibu para Nabi sering melihat firasat/visi." Ketika ibu Nabi melahirkan beliau, ia pun melihat suatu cahaya yang menerangi istana-istana Syria. Dan inilah apa yang dimaksud pamannya Al Abbas (RA) ketika ia mengatakan dalam syairnya, "Ketika dirimu dilahirkan, bumi bersinar dan cakerawala menjadi terang dengan cahayamu. Kami berjalan dalam cahaya itu dan dalam jalur-jalur kebenaran."
Ibn Sa'ad meriwayatkan bahawa ketika Aminah (RA) melahirkan Nabi sall-Allahu 'alayhi wasallam ia sama sekali tak mengalami pendarahan nifas (meconium) dengannya.
Mengenai cahaya yang menerangi istana-istana Syria, Lebanon, Palestina, dan Jordania, ada suatu referensi di sini bahawa kerajaan- kerajaan ini menerima manfaat/barakah dari cahaya kenabian Muhammad (SAW), kerana tempat-tempat ini adalah wilayah kedudukan beliau. Telah dikatakan pula, "Kenabian tidak lagi berada dalam Anak-anak Israel, wahai orang-orang Quraisy. Demi Allah, Muhammad akan memimpin kalian untuk memiliki suatu pengaruh yang demikian besar hingga akan diperbincangkan dari timur hingga barat."

Di antara keajaiban-keajaiban kelahiran Nabi sall-Allahu 'alayhi wasallam telah diriwayatkan pula oleh Ya'qub ibn Sufyan, dengan rawi-rawi yang hasan, dalam Fath Al Bari [1]. Ia berkata bahawa Istana Kisra, kaisar dari Persia bergoncang dan empat belas balkonnya runtuh; air Danau Tiberia menguap habis; api Persia padam (menurut berbagai riwayat, api ini telah menyala non- stop selama seribu tahun); dan di Langit keamanan diperketat, dengan dipenuhi lebih banyak penjaga dan bintang penembak yang mencegah setan bersembunyi di sana untuk mencuri berita-berita langit.
Menurut suatu riwayat dari Ibn 'Umar (RA) dan yang lain, Nabi Muhammad sall-Allahu 'alayhi wasallam dilahirkan dalam keadaan telah terkhitan dan tali pusarnya telah terputus. Anas (RA) meriwayatkan bahawa Nabi sall-Allahu 'alayhi wasallam bersabda, "Salah satu dari tanda-tanda kehormatan yang telah dikurniakan Tuhanku adalah bahawa aku dilahirkan dalam keadaan terkhitan, dan tak seorang pun melihat bahagian pribadiku."
Ada beberapa pendapat berbeda berkenaan dengan tahun kelahiran Nabi Muhammad sall-Allahu 'alayhi wasallam. Mayoriti setuju bahawa beliau dilahirkan dalam Tahun Gajah, dan bahawa beliau dilahirkan lima puluh hari setelah peristiwa gajah Abrahah, dan kelahiran beliau adalah pada saat fajar malam kedua belas di bulan Rabi'u al-Awwal. Ibn 'Abbas (RA) berkata, "Muhammad sall-Allahu 'alayhi wasallam dilahirkan di hari Isnin, diberikan kenabiannya pada hari Isnin, berhijrah dari Makkah ke Madinah di hari Isnin, tiba di Madinah di hari Isnin, dan membawa batu hitam (Hajar al-Aswad) juga di hari Isnin; selain itu, peristiwa Fathu Makkah (kemenangan Makkah) dan turunnya Surat Al-Maa-idah keduanya adalah pada hari Isnin."
'Abdullah ibn Amr ibn Al Aas (RA) berkata, "Ada seorang pendeta di Marr Al Zhahran, termasuk dari golongan orang-orang Syria, yang namanya adalah Easa. Ia biasa berkata, 'Sudah tiba saatnya bahawa di kalangan orang-orang Makkah, akan lahir seorang anak yang kepadanya akan berserah diri seluruh kaum Arab, dan orang-orang non-Arab akan berada di bawah kekuasaannya. Ini adalah waktu baginya.' Bila saja seorang bayi laki-laki baru dilahirkan, ia biasa bertanya tentangnya. Pada hari kelahiran Muhammad sall-Allahu 'alayhi wasallam, 'Abd al-Muttalib pergi ke luar dan mengunjungi Easa. Ia keluar dan berkata padanya, 'Semoga engkau adalah ayah dari jabang bayi yang baru lahir yang terbarakah yang telah kuceritakan padamu tentangnya. Aku pernah mengatakan bahawa ia akan dilahirkan di hari Isnin, menerima kenabiannya di hari Isnin, dan wafat di hari Isnin.' Abd Al-Muttalib menjawab, 'Malam ini, saat fajar, aku memiliki bayi yang baru lahir.' Sang pendeta bertanya, 'Kau beri nama apa dia?' 'Abd Al-Muttalib menjawab, 'Muhammad'. Easa berkata, 'Aku telah mengantisipasi bahawa bayi yang baru lahir ini akan berasal dari masyarakatmu. Aku punya tiga tanda atasnya: bintangnya muncul kelmarin, ia dilahirkan hari ini, dan namanya Muhammad.' Pada kalendar matahari, hari itu adalah 20 April dan diriwayatkan bahawa beliau lahir di malam hari."
'Aisyah (RA) berkata, "Ada seorang pedagang Yahudi berada di Makkah pada malam saat mana Nabi sall-Allahu 'alayhi wasallam dilahirkan. Dia bertanya, 'Wahai, kaum Quraisy, adakah seorang bayi yang baru dilahirkan di antaramu?' Mereka menjawab, 'Kami tidak tahu.' Ia berkata, 'Malam ini, Nabi dari ummat terakhir ini dilahirkan. Di antara kedua bahunya ada suatu tanda yang terdiri atas beberapa rambut di atasnya seperti rambut leher kuda.' Mereka menemani Yahudi itu dan pergi ke ibunda Nabi, dan bertanya padanya apakah mereka dapat melihat puteranya. Ia pun membawa puteranya yang baru lahir kepada mereka dan mereka membuka punggungnya dan melihat tanda kelahiran itu, saat mana sang Yahudi jatuh pengsan. Ketika ia kembali sedar, mereka bertanya padanya, 'Celakalah kamu. Apa yang telah terjadi padamu?' Ia menjawab, 'Demi Allah, kenabian telah pergi meninggalkan anak-anak Israel.' "
Al Hakim meriwayatkan bahawa Nabi sall-Allahu 'alayhi wasallam dilahirkan di Makkah dalam rumah Muhammad bin Yousif. Beliau disusui oleh Tsuwaibah, budak perempuan yang dibebaskan oleh Abu Lahab. Abu Lahab membebaskannya kerana Tsuwaibah telah membawa berita gembira akan kelahiran Nabi. Setelah kematian Abu Lahab, Abu Lahab pernah terlihat dalam sebuah mimpi, di mana ia ditanya, "Bagaimana keadaanmu?" Abu Lahab menjawab, "Aku berada dalam Neraka. Namun, aku mendapatkan istirahatku setiap hari Isnin, saat mana aku mampu menyedut dan meminum air dari titik ini yang terletak di antara jari-jariku," dan ia menunjukkan dengan dua dari hujung-hujung jarinya. "Ini adalah keajaiban yang kuterima kerana aku membebaskan Tsuwaibah saat ia membawa berita gembira kelahiran Nabi padaku."
Ibn al Jazri berkata, "JIKA ABU LAHAB, YANG KAFIR, YANG DICELA DALAM SUATU WAHYU AL QURAN, TETAP SAJA DIBERIKAN BALASAN ATAS KEBAHAGIAANNYA DI SAAT KELAHIRAN NABI (SAW), BAGAIMANA DENGAN KAUM MUSLIM DARI UMMAT BELIAU YANG BERGEMBIRA DI SAAT KELAHIRAN BELIAU (MAULID NABI) DAN MELAKUKAN YANG TERBAIK UNTUK MERAYAKANNYA KERANA KECINTAAN MEREKA PADA BELIAU? Demi jiwaku, pahala dan balasan mereka dari Allah, Yang Maha Pemurah akan berupa masuknya mereka ke dalam syurga-syurga kebahagiaan yang dipenuhi kurnia-kurnia Allah."
UMMAT ISLAM SELALU MERAYAKAN BULAN KELAHIRAN NABI SUCI KITA (SALL- ALLAHU 'ALAIHI WASALLAM) DENGAN MENYELENGGARAKAN PESTA, MEMBERIKAN BERBAGAI BENTUK SADAQAH, MENGEKSPRESIKAN KEBAHAGIAAN MEREKA, MENAMBAH AMAL PERBUATAN BAIK MEREKA, DAN MEMBACA DENGAN HATI-HATI RIWAYAT KELAHIRAN MUHAMMAD (SALL- ALLAHU 'ALAIHI WASALLAM). Sebagai balasannya, Allah mengurniakan pada orang-orang beriman dengan barakah yang berlimpah di bulan ini. Telah dibuktikan bahawa salah satu dari sifat-sifat kelahiran Nabi, yang disebut sebagai Mawlid, adalah memberikan keselamatan sepanjang tahun dan khabar gembira akan dipenuhinya semua harapan dan keinginan. SEMOGA ALLAH SWT MELIMPAHKAN RAHMAT-NYA PADA SETIAP ORANG YANG MERAYAKAN MALAM-MALAM BULAN KELAHIRAN MUBARAK MUHAMMAD (SALL-ALLAHU 'ALAIHI WASALLAM) INI.

Keajaiban bayi Muhammad S.a.w. dan masa kanak-kanaknya

Seorang Bayi yang Penuh Keajaiban
Halimah (RA) mengatakan, "Aku datang ke Makkah bersama beberapa perawat penyusu bayi dari suku Bani Sa'd ibn Bakr, mencari bayi-bayi yang baru lahir. Saat itu adalah tahun yang buruk untuk mencari bayi susuan. Aku dan anakku tiba dengan mengendarai seekor keldai betina, sedangkan suamiku menaiki keledai betinanya yang tua dan tak memiliki setitis pun susu. Selama dalam perjalanan ini, kami bertiga tak dapat tidur di malam hari dan aku pun tak memiliki apa pun dalam dadaku untuk menyusui anak kami."
"Ketika kami sampai di Makkah, setiap wanita dari kelompok kami ditawari untuk menyusui Nabi Muhammad (sall-Allahu 'alayhi wasallam), untuk menjadi ibu susuannya. Tapi, semua menolak tawaran itu ketika tahu bahawa beliau adalah seorang anak yatim. Pada akhirnya, tak seorang pun teman wanitaku meninggalkan Makkah tanpa membawa seorang bayi, namun tak seorang pun mahu menyusui Muhammad (sall-Allahu 'alayhi wasallam). Saat akhirnya aku tak dapat menemukan bayi susuan lain, aku berkata pada suamiku bahawa aku benci jika aku menjadi satu-satunya wanita dalam kelompok kami yang harus pulang kembali tanpa membawa seorang bayi, dan bahawa aku ingin membawa anak yatim itu."
"Saat aku pergi untuk menjemputnya, ia (sall-Allahu 'alayhi wasallam) sedang mengenakan pakaian wol, lebih putih daripada susu. Bau wangi misk menebar darinya. Di bawahnya terdapat sepotong kain sutera hijau, dan ia pun sedang terbaring di punggungnya dalam suatu tidur yang amat nyenyak. Aku berhati-hati untuk tak membangunkannya, kerana keindahan dan kemuliaannya. Dengan berhati-hati aku mendekatinya, dan menaruh tanganku di dadanya, ia pun tersenyum dan membuka kedua matanya. Dari kedua matanya muncul suatu cahaya yang terpancar hingga ke Langit, sementara aku sedang melihatnya. Aku menciumnya di antara kedua matanya dan memberikan padanya dada kananku, dan memberikannya susu sebanyak yang ia mahu. Kemudian aku pindahkan posisinya ke dada kiriku, tapi ia menolak. Begitulah selalu caranya menyusu padaku. Setelah ia puas, aku pun memberikan pada anak laki-lakiku bahagiannya. Segera setelah aku membawanya ke tendaku, kedua dadaku pun mulai mengucurkan susu. Dengan kurnia Allah, Muhammad minum hingga ia puas, demikian pula saudara laki-lakinya (anak Halimah, peny.). Suamiku pergi ke unta tua kami untuk memerah susu bagi kami, dan lihat, ia penuh dengan susu. Suamiku memerah susu dari unta kami cukup banyak buat kami berdua untuk kami minum hingga kami puas, dan kami pun melalui suatu malam yang indah. Kemudian suamiku berkata, 'Oh, Halimah, sepertinya kau telah mengambil suatu ruh yang barakah.' Kami melalui malam pertama dalam barakah dan kurnia, dan Allah terus memberikan pada kami lebih banyak dan lebih banyak sejak kami memilih Muhammad."
"Aku pun memohon pamit pada ibunda Nabi, dan menunggangi keledai betinaku, sambil membawa Muhammad (sall-Allahu 'alayhi wasallam) di kedua tanganku. Keledaiku mengejar dan melampaui semua haiwan milik orang-orang lain yang datang sebelumnya bersamaku, mereka melihat hal ini dengan penuh rasa takjub. Saat kami tiba di kampung Bani Sa'd, suatu kampung yang merupakan salah satu bahagian paling kering dari tanah ini, kami menemukan domba-domba kami penuh dengan susu. Kami memerahnya dan dapat meminum banyak-banyak dalam suatu masa di mana tak seorang pun lainnya mampu menemukan setitis pun susu dalam suatu kelenjar perah. Yang lain mulai menceritakan hal ini pada yang lainnya, 'Pergilah merumput ke tempat gembala puteri Abu Tsu'aib biasa pergi.' Tetap saja, domba-domba mereka kembali dalam keadaan lapar, tanpa susu ditemukan dalam tubuh mereka, sedangkan domba-dombaku kembali penuh dengan susu."
Paman Nabi, Al 'Abbas (RA) berkata, "Wahai, NabiyAllah, yang membuat diriku masuk dalam agamamu adalah kerana aku menyaksikan salah satu tanda kenabianmu. Aku melihatmu dalam tempat tidur bayimu (ketika Nabi (sall-Allahu 'alayhi wasallam) masih kecil) sedang bercakap dengan lembut pada bulan dan menunjuknya dengan jarimu. Dan bulan itu bergerak di langit ke arah mana pun kau menunjuknya." Muhammad (sall-Allahu 'alayhi wasallam) bersabda, "Saat itu, aku memang sedang bercakap dengannya, dan ia pun berbicara kepadaku, mengalihkan perhatianku agar tak menangis. Aku dapat mendengar suara sujudnya di bahawa 'Arasy."
Dalam Fath Al Bari diriwayatkan pula bahawa Nabi Muhammad (sall-Allahu 'alayhi wasallam) berbicara ketika saat pertama ia dilahirkan.
Ibn Sab' menyebutkan bahawa tempat tidur bayi Nabi Muhammad (sall-Allahu 'alayhi wasallam) diayun-ayun oleh para Malaikat.
Ibn 'Abbas (RA) mengatakan bahawa Halimah (RA) biasa meriwayatkan bahawa ketika ia pertama kali membela Muhammad (sall-Allahu 'alayhi wasallam), ia (sall-Allahu 'alayhi wasallam) berbicara, dan berkata, "Allah (SWT) paling Agung dalam Keagungan-Nya, dan segala puji hanya bagi Allah, dan Maha Suci Allah di permulaan dan di akhir." (Allahu Akbar Kabiiran, wal hamdu lillahi katheeran, wa subhanallahi bukratan wa ashiilan.) Saat ia telah tumbuh lebih besar, ia biasa pergi keluar, dan ketika ia melihat anak-anak lain bermain, ia akan menghindari mereka.
Ibn 'Abbas (RA) berkata bahawa al Shayma'a (RA), saudara tiri perempuan Nabi, menyaksikan bahawa sebagai seorang anak laki-laki, beliau dinaungi suatu awan. Awan itu berhenti ketika beliau berhenti dan bergerak ketika beliau bergerak. Beliau tumbuh tidak seperti anak laki-laki biasa. Halimah berkata, "Ketika aku membelanya, kami membawanya ke ibunya, sekalipun kami masih menginginkan agar ia tinggal bersama kami lebih lama kerana semua barakah yang telah kami saksikan ada padanya. Kami meminta pada ibunya untuk mengizinkannya tinggal lebih lama dengan kami sampai ia tumbuh lebih kuat, kerana kami khawatir atasnya tinggal di lingkungan yang tak sihat seperti Makkah. Kami terus meminta sampai akhirnya ibunya menyetujui untuk mengirimkannya kembali bersama kami."

Keajaiban di Masa Kanak-kanak
“Demi Allah, dua atau tiga bulan setelah kami kembali, ketika kami sedang mengurus beberapa haiwan ternak kami di belakang rumah kami, saudara tiri laki-laki Nabi datang, berlari, dan berteriak, ‘Saudara laki-laki Quraisy-ku. Dua orang laki-laki mendatanginya memakai pakaian putih. Mereka membaringkannya dan membedah perutnya.’ Ayahnya dan diriku pun berlari mencarinya. Ia tengah berdiri dan warna kulitnya berubah. Ayahnya memeluknya dan bertanya, ‘Wahai anakku, apa yang telah terjadi padamu?’ Muhammad (sall-Allahu 'alayhi wasallam) menjawab, ‘Dua orang laki-laki yang memakai kain putih mendatangiku. Mereka membaringkan tubuhku dan membedah perutku hingga terbuka. Mereka mengambil sesuatu darinya dan membuangnya, kemudian menutup perutku kembali seperti semula.’ Kami membawanya ke rumah dan ayahnya berkata, ‘Wahai Halimah, aku takut sesuatu telah terjadi pada anak kita yang satu ini. Mari kita kembalikan dia pada keluarganya sebelum keadaannya bertambah buruk.’ “
“Kami pun mengembalikannya kepada ibunya di Makkah. Ibunya berkata, ‘Apa yang membuatmu mengembalikannya padahal sebelumnya dirimu bersikap keras untuk memeliharanya?’ Kami pun memberitahukan padanya bahawa kami khawatir bahawa sesuatu yang buruk mungkin terjadi padanya. Ibunya berkata lagi, “Tak mungkin seperti itu, jadi, katakan padaku yang sesungguhnya.” Sang ibu bersikap keras hingga kami pun menceritakan padanya kejadian yang terjadi padanya (sall-Allahu 'alayhi wasallam). Sang ibu (Aminah, peny.) pun bertanya, ‘Takutkah dirimu bahawa Setan telah berbuat sesuatu padanya? Tidak! Demi Allah, tak mungkin Setan dapat menyentuhnya. Anakku ini akan menjadi seseorang yang memiliki kedudukan luhur. Kalian boleh meninggalkannya sekarang.’”
Dalam hadits dari Syaddad ibn ‘Aws (RA) diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad (sall-Allahu 'alayhi wasallam) bersabda, “Aku pernah menjadi seorang anak susuan di Bani Sa’d ibn Bakr. Suatu hari saat diriku tengah berada di lembah bersama anak-anak laki-laki seusiaku, tiba-tiba muncul tiga orang. Mereka membawa sebuah bak mandi emas yang terisi penuh dengan es, kemudian mereka mengambilku dari teman-temanku, yang berlarian ke belakang ke suatu sudut. Salah satu dari ketiga orang itu membaringkan diriku dengan lembut ke atas tanah dan membelah perutku dari atas dadaku hingga bahagian tulang pinggangku. Saat itu aku mampu melihatnya dan tak merasakan sedikit pun rasa sakit. Ia mengambil keluar organ-organ dari dalam tubuhku dan mencucinya dengan saksama dengan es tadi.
Kemudian mengembalikan organ-organ itu ke dalam tubuhku. Orang yang kedua bangkit dan menyuruh kawannya yang pertama tadi untuk menepi. Ia meletakkan tangannya ke atasku, memindahkan jantungku sementara aku melihatnya. Ia membelahnya, lalu mengambil keluar segumpal daging hitam, dan membuang daging hitam itu, kemudian menggerakkan kedua tangannya ke kanan dan ke kiri, seakan-akan menerima sesuatu. Tiba-tiba, mewujud sebuah cincin di tangannya yang terbuat dari suatu cahaya menyilaukan. Ia mencap jantungku dengan cincin itu, hingga dengannya jantung itu berisi kemilauan cahaya. Itu adalah cahaya kenabian dan hikmah. Ia kemudian mengembalikan jantungku ke dalam dadaku dan aku merasakan kesejukan cincin itu dalam jantungku untuk jangka waktu yang lama. Orang yang ketiga menyuruh temannya untuk menepi. Ia menaruh tangannya ke atas bahagian tubuhku yang terbelah dan seketika itu pula sembuh dengan izin Allah. Ia kemudian meraih tanganku dan dengan lembut membantuku bangkit sambil berkata pada orang yang pertama, ‘Timbanglah ia dengan sepuluh orang dari ummatnya.’ Aku pun melebihi mereka dalam timbangan.
Kemudian ia berkata lagi, ‘Timbanglah ia dengan seratus orang dari ummatnya.’ Aku pun lebih berat dari itu. Kemudian ia berkata kembali, ‘Timbanglah ia dengan seribu orang dari ummatnya.’ Aku lebih berat dari mereka. Kemudian ia pun berkata, ‘Seandainya kalian menimbangnya dengan keseluruhan dari ummatnya pun, ia tetap akan lebih berat daripada mereka.’ Mereka semua memelukku, mencium dahiku dan ruang di antara kedua mataku sambil berkata, ‘Wahai, yang terkasih, seandainya saja kau mengetahui kebaikan apa yang tengah menanti dirimu, tentu kau akan berbahagia.’” Penimbangan di sini bermakna penimbangan moral/akhlaq. Nabi (sall-Allahu 'alayhi wasallam), dengan demikian, unggul dalam semua sifat dan keistimewaan.
Pencucian dada suci beliau (sall-Allahu 'alayhi wasallam) terjadi pula di waktu lain ketika Jibril AS membawa kepada beliau (sall-Allahu 'alayhi wasallam) wahyu di Gua Hira’ dan sekali lagi pada malam Mi’raj (Kenaikan ke Langit). Abu Nu’aim meriwayatkan dalam Al-Dala’il, pembelahan dada beliau (sall-Allahu 'alayhi wasallam) terjadi pula saat beliau berumur dua puluh tahun. Hikmah dari pembelahan dada suci beliau di masa kanak-kanaknya serta pembuangan daging hitam, adalah untuk membersihkan beliau dari sifat-sifat kekanak-kanakan, sehingga beliau akan memiliki sifat-sifat seorang laki-laki dewasa. Pertumbuhan beliau pun, dengan demikian terjadi secara murni sempurna tanpa cacat. Beliau (sall-Allahu 'alayhi wasallam) dicap/ditandai dengan cap kenabian yang terletak di antara kedua bahunya yang memiliki wangi misk dan nampak bagai sebutir kecil telur burung ‘partridge’.
Ibn ‘Abbas (RA) dan yang lainnya meriwayatkan bahawa ketika Muhammad (sall-Allahu 'alayhi wasallam) berumur enam tahun, ibundanya dan Ummu Aiman (RA) membawanya selama sebulan mengunjungi bapa saudara dari sisi ibunya dari Bani Adiy ibn An-Najjar di Dar al-Tabi’a di Yatsrib. Di suatu waktu kemudian hari, beliau mengingat-ingat peristiwa-peristiwa yang terjadi saat beliau (sall-Allahu 'alayhi wasallam) tinggal di sana. Saat melihat ke suatu rumah tertentu, beliau (sall-Allahu 'alayhi wasallam) bersabda, “Ini adalah (rumah) tempat ibuku dan diriku pernah tinggal. Aku belajar berenang di sumur milik Bani Adiy ibn Al Najjar. Sekelompok orang Yahudi biasa mengunjungi tempat ini untuk melihat diriku.” Ummu Aiman (RA) berkata, “Aku mendengar salah seorang dari Yahudi-Yahudi itu berkata bahawa Muhammad (sall-Allahu 'alayhi wasallam) adalah Nabi dari ummat ini, dan bahawa tempat ini adalah tempat hijrah beliau. Aku mengerti semua yang mereka katakan.”
Beliau dan ibundanya kemudian bersiap untuk kembali ke Makkah, namun saat mereka tiba di suatu tempat bernama Al Abwa’, tidak jauh dari Yatsrib, ibundanya jatuh sakit keras. Al Zuhri meriwayatkan dari Asma’ binti Rahm, dari ibunya, “Aku berada bersama Aaminah, ibunda Nabi (sall-Allahu 'alayhi wasallam), saat ia terbaring sakit yang membawanya pada kematian. Pada saat itu, Muhammad (sall-Allahu 'alayhi wasallam) masihlah seorang anak laki-laki berumur lima tahunan. Saat beliau (sall-Allahu 'alayhi wasallam) duduk di sisi kepala ibundanya, sang ibu membacakan beberapa bait puisi, dan memandang wajah suci beliau (sall-Allahu 'alayhi wasallam) sambil berkata, ‘Setiap yang hidup suatu saat pasti akan mati, segala sesuatu yang baru pastilah suatu saat akan menua, setiap keberlimpahan pastilah suatu saat akan berkurang. Aku kini tengah meregang maut, namun ingatanku selalu akan wujud, aku telah meninggalkan di belakangku kebaikan yang berlimpah, dan telah kulahirkan suatu Kesucian,’ kemudian sang ibu pun wafat. Saat itu, kami dapat mendengar Jinn menangisi kepergiannya.”
Telah diriwayatkan bahawa Aaminah bersaksi atas kenabian Muhammad (sall-Allahu 'alayhi wasallam) setelah kematiannya. At-Tabarani meriwayatkan alam suatu rantai periwayatan dari A’isyah (RA) bahawa ketika Nabi (sall-Allahu 'alayhi wasallam) tiba di Al-Hajuun, beliau (sall-Allahu 'alayhi wasallam) demikian sedih dan berduka. Beliau (sall-Allahu 'alayhi wasallam) tinggal di situ selama yang Allah kehendaki bagi beliau untuk tinggal di situ. Saat beliau (sall-Allahu 'alayhi wasallam) kembali, beliau demikian bahagia dan bersabda, “Aku memohon pada Tuhanku ‘Azza wa Jalla, untuk menghidupkan kembali ibundaku. Allah melakukannya dan menghidupkannya kembali.” Juga telah diriwayatkan oleh baik Al-Suhaili mahupun Al-Khateen bahawa A’isyah (RA) berkata bahawa Allah membangkitkan kembali kedua orang tua Nabi Muhammad (sall-Allahu 'alayhi wasallam) dan keduanya bersaksi atas kenabian Muhammad (sall-Allahu 'alayhi wasallam).
Al-Qurtubi, dalam Al Tazkira, berkata, “Keistimewaan dan keluhuran Akhlaq Nabi Muhammad (sall-Allahu 'alayhi wasallam) tak pernah berhenti muncul dalam keseluruhan hidup beliau. [Kerana itu] Mengembalikan kembali kedua orang tuanya untuk hidup sehingga mereka dapat beriman pada beliau, bukanlah suatu hal yang tak mungkin. Tak satu pun dalam hukum Agama Islam mahupun logika yang berlawanan dengan hal ini.” Disebutkan dalam Qur’an Suci bahawa seseorang yang terbunuh di kalangan Bani Isra’el dibangkitkan hidup kembali untuk menunjukkan siapa yang telah membunuhnya. Lebih-lebih, Sayyidina ‘Isa ‘alaihissalam biasa membangkitkan orang yang mati hidup kembali. Seperti itu pula, Allah Ta’ala mengembalikan beberapa orang mati untuk hidup lagi lewat tangan-tangan Nabi kita (sall-Allahu 'alayhi wasallam). Mengapakah tak mungkin bagi kedua orang tuanya untuk bersaksi atas kenabian beliau (sall-Allahu 'alayhi wasallam) setelah mereka dibangkitkan hidup kembali, padahal peristiwa ini hanyalah menambah keunggulan dan keluhuran beliau (sall-Allahu 'alayhi wasallam)?
Al-Imam Fakhruddin Al-Razi berkata bahawa seluruh ayah-ayah [datuk moyang] dari Muhammad (sall-Allahu 'alayhi wasallam) adalah Muslim, yang dibuktikan dengan sabda Muhammad (sall-Allahu 'alayhi wasallam), “Aku dipindahkan dari sulbi-sulbi laki-laki yang suci ke rahim-rahim perempuan yang suci pula.” Dan kerana Allah Ta’ala telah berfirman, “Sungguh, orang-orang Musyrik adalah najis,” kita melihat di sini bahawa tak seorang pun dari datuk moyang beliau yang kafir.
Al Hafiz Shams Al-Din Al-Dimashqi berkata tentang hal ini demikian indahnya saat ia menulis:
"Allah kurniakan atas Nabi kurnia berlimpah

Dan lebih banyak lagi, dan baginya Ia Ta’ala paling berbaik hati
Ia kembalikan ibunda beliau untuk hidup, juga ayahandanya
Hingga mereka pun dapat beriman padanya.
Hal itu adalah kurnia yang lembut
Maka berimanlah pada mu’jizat-mu’jizat ini, kerana Ia Ta’ala mampu atasnya
Meski sang makhluk adalah lemah."
Ummu Aiman (RA) adalah penjaga Muhammad (sall-Allahu 'alayhi wasallam) dan pengasuhnya setelah wafatnya ibunda beliau. Beliau (sall-Allahu 'alayhi wasallam) biasa berkata tentangnya, “Ummu Aiman adalah ibundaku setelah ibundaku.” Saat Muhammad (sall-Allahu 'alayhi wasallam) berumur delapan tahun, datuk dan penjaga beliau, Abdul Muttalib pun wafat. Umurnya saat itu seratus sepuluh tahun (dalam riwayat lain, ia berumur seratus empat puluh tahun). Saat itulah, atas permintaan Abd Al-Muttalib, Pak sedara Muhammad (SAW), Abu Talib menjadi penanggung jawab beliau, kerana ia adalah saudara kandung laki-laki dari ayahanda Muhammad (sall-Allahu 'alayhi wasallam), ‘Abdullah.
Ibn Asakir meriwayatkan dari Jalhama ibn Urfuta bahawa Muhammad (sall-Allahu 'alayhi wasallam) bersabda, “Aku datang ke Makkahsaat musim kering. Beberapa orang laki-laki dari suku Qurasiy mendatangi Abu Talib dan berkata, ‘Wahai, Abu Talib, lembah-lembah tengah kering dan keluarga-keluarga tengah menderita. Mari kita pergi dan berdoa memohon hujan.’ Abu Talib pun keluar, dan bersamanya seorang pemuda yang nampak bagai ‘Matahari-setelah-Awan-menghilang’. Ia (sang pemuda) dikelilingi oleh anak-anak laki-laki lainnya. Abu Talib pun membawanya ke Ka’bah dan membuatnya berdiri dengan punggungnya membelakangi Ka’bah. Saat itu, bahkan tak nampak secuilpun awan di langit. Namun, sesaat setelah sang pemuda itu mengangkat kedua tangannya, awan pun mulai berdatangan dari segenap penjuru, dan hujan pun mulai turun. Lembah pun bersemi dan baik di dalam Makkah mahupun di padang pasir sekelilingnya menjadi subur. Tentang mu’jizat ini, Abu Talib menulis bait-bait berikut:

Pertukaran Qiblat

Pada pertengahan bulan Sya’ban pernah berlaku peristiwa yang besar dan penting dalam kamus umat Islam sebagaimana yang diriwayatkan oleh kebanyakan ulama’ yang muktabar yang mana qiblat muslimin yang asalnya mengadap ke Baitul Maqdis telah diubah ke Ka’bah di Makkah Mukarramah. Ramai ulama' yang mengatakan ia berlaku pada 18 Rejab. Sehingga kini jika kita melawat Madinah Munawwarah, kita akan berpeluang melawat masjis Qiblatain yang bererti dua qiblat yang mana disinilah Allah menurunkan ayat agar nabi Muhammad S.A.W memalingkan muka baginda S.A.W dari mengadap ke arah Baitul Maqdis kepada mengadap ke arah ka'bah di Makkah. Diriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W berpusing pada kadar 45 darjah.
Marilah kita sama-sama merenung firman Allah ta’ala di dalam ayat 142 hingga 145 surah al-Baqarah yang bermaksud : Mereka yang kurang berakal di antara manusia akan berkata :”Apakah yang menyebabkan mereka(umat Islam) memalingkan muka daripada kiblatnya(Baitul Maqdis) yang mana dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya?”. Katakanlah : “Kepunyaan Allahlah timur dan barat.Dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus. Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia manusia dan supaya Rasul (Muhammad S.A.W) menjadi saksi atas perbuatan kamu. Dan Kami tidak menetapkan qiblatmu sekarang melainkan agar Kami mengetahui siapa yang mengikuti Rasul dan siapa pula yang belot. Dan sesungguhnya pertukaran qiblat itu terasa amat berat kecuali bagi bagi mereka yang telah diberi petunjuk oleh Allah dan Allah tidak kan mensia-siakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia. Sesungguhnya Kami sering melihat mukamu mengadap ke langit, maka sesungguhnya Kami akan memalingkan kamu ke qiblat yang kamu sukai. Palinglah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, hadapkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang Yahudi dan Nasrani yang diberikan al-Kitab iaitu Taurat dan Injil, semua ayat keterangan mereka tidak akan mengikut sama mengadap qiblatmu, dan kamupun tidak akan mengadap qiblat mereka, dan sebahagian merekapun tidak kan mengadap qiblat sebahagian yang lain. Dan sesungguhnya jika kamu mengikut keinginan mereka setelah datangnya ilmu kepadamu, sesungguhnya kamu jika berbuat demikian termasuk golongan mereka yang zalim.
Daripada ayat-ayat ini dapatlah memberi penjelasan kepada kita bagaimana ejekan dan tuduhan liar yang dibuat oleh Yahudi dan Nasrani mengenai qiblat umat Islam adalah mengikut ajaran agama mereka kerana sama-sama mengadap ke arah Baitul Maqdis. Mereka juga menuduh Rassullah S.A.W hanya mengubah sedikit sahaja daripada ajaran mereka dan baginda S.A.W bukannya nabi lagi rasul sebagaimana yang didakwa sebelum ini malah merupakan salah seorang daripada pengikut ajaran nabi mereka. Tuduhan-tuduhan yang tidak berasaskan ini memberi kesan juga kepada Rasullah S.A.W sehingga baginda S.A.W telah mendongak ke langit bagi memohon agar Allah memalingkan qiblat ke arah ka’bah yang telah dibina oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail ‘alaihimassalam.
Akhirnya permohonan baginda S.A.W telah diperkenankan oleh Allah ‘azzawajalla yang mana selepas tarikh itu umat Islam terus berqiblatkan ka’bah ketika solat. Disamping itu Allah menempelak kaum Yahudi dan penganut Nasrani dengan mengatakan bahawa mereka termasuk umat yang kurang berakal dan hanya tahu membuat tuduhan dan fitnah liar yang tidak berasas sama sekali. Apabila berlaku perubahan ini, kaum musyrikin Makkah pula menuduh bahawa Rasulullah S.A.W telah bertaubat dan kembali kepada ajaran datuk moyang mereka semula kerana mengadap ke arah ka’bah. Allah menempelak mereka dan menyatakan bahawa mereka daripada golongan yang zalim dan tidak mengetahui sesuatu kebenaran. Perubahan ini juga menyemarakkan lagi semangat Rasulullah S.A.W dan umat Islam pada masa itu untuk membebaskan ka’bah daripada kekotoran musyrikin dan berhala-berhala sembahan mereka yang berada sekitar ka'abah.
Walaupun berlakunya pertukaran ini namun Masjid Al-Aqsa tetap mempunyai kelebihannya yang tersendiri yang mana di dalam satu hadis, Rasulullah S.A.W telah menyatakan fadhilat masjid ini yang merupakan masjid yang ketiga selepas Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah yang mempunyai fadhilat pahala yang besar apabila kita mendirikan sembahyang di dalamnya. Tetapi kini ia dicerobohi oleh Yahudi yang mendakwa bahawa masjid ini di bina di atas rangka kerajaan nabi Sulaiman dan nabi Daud 'alaihimassalam. Ini merupakan kenyataan yang direka ke arah meroboh masjid Al-Aqsa dan akan mendirikan di atas runtuhan itu pusat Yahudi yang akan menguasai politik dunia. Oleh itu tanggungjawab kita bersama untuk membebaskan bumi Palestin amnya dan masjid Al-Aqsa khususnya daripada cengkaman Yahudi sebagaimana yang pernah di lakukan oleh Sayyidina Umar Al-Khattab dan Solahuddin Al-Ayyubi.
Allah juga menjelaskan bagaimana kuffar sebenarnya tidak bersatu dan hati mereka terus berpecah yang mana diberikan contoh bahawa qiblat mereka tidak sama tidak sebagaimana umat Islam. Cuma yang perlu dijadikan peringatan kepada kita bersama bagaimana pihak kuffar terutama Yahudi dan Nasrani tidak pernah redha kepada kita malah sentiasa berusaha menghancurkan umat Islam walaupun dengan apa cara sekalipun. Jika dulu mereka menyerang dengan senjata tetapi kini lebih ditumpukan kepada serangan pemikiran yang mana boleh diterima oleh kebanyakan umat Islam dalam keadaan tidak sedar mengenai bahaya jarum suntikan musuh itu. Oleh itu hisabkanlah diri kita sama ada telah terlepas daripada mengikut telunjuk mereka ataupun turut berqiblatkan ideologi sesat yang dibawa oleh mereka.