Monday, October 13, 2008

Mimpi Rasulullah

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah r.a. berkata, Nabi Muhammad s.a.w.
bersabda: Sesunguhnya aku telah mengalami mimpi yang MENAKJUBKAN
pada malam kelmarin....

* Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi malaikatul
maut untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang
disebabkan KETAATAN KEPADA KEDUA IBU-BAPANYA.

* Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur, maka
ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA.

* Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh
syaitan-syaitan, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA kepada
Allah.

* Aku melihat bagaimana umatku diseret oleh malaikatul azab, tetapi
SOLATNYA telah melepaskannya dari seksaan itu.

* Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia
mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu
datanglah pahala PUASANYA memberi minum hingga ia merasa puas.

* Aku melihat umatku cuba untuk mendakati kumpulan para nabi yang
sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia datang dia akan
diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUBNYA sambil memimpinnya ke
kumpulanku seraya duduk di sebelahku.

* Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap
gelita, di hadapannya gelap, di belakangnya gelap, di bawahnya gelap
sedangkan dia sendiri dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala
HAJI DAN UMRAHNYA lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat
yang terang benderang.

* Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin
tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah
SILATURRAHIMNYA lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,
lalu berbicaralah mereka dengannya.

* Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,
maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA lalu menabiri muka dan
kepalanya dari bahaya api tersebut.

* Aku melihat umatku sedang diseret oleh malaikatul zabaniah ke
merata tempat, maka datanglah pahala AMAR MA'RUF NAHI MUNGKARNYA
seraya menyelamatkan dia dari cengkaman tersebut dan diserahkan
kepada malaikat rahmat.

* Aku melihat juga umatku sedang merangkak-rangkak, di antaranya
dengan Tuhan dipasangkan hijab, maka menjelmalah BUDI DAN AKHLAKNYA
memimpinnya sehingga terbuka hijab tersebut dan masuklah dia bertemu
dengan Tuhannya.

* Aku melihat umatku didatangi buku catatan daripada sebelah kiri,
tiba-tiba datanglah pahala TAKUTNYA KEPADA ALLAH lalu menukarnya ke
sebelah tangan kanan.

* Aku melihat seorang umatku terangkat timbangannya, maka
menjelmalah ANAK-ANAKNYA YANG MATI KECIL lalu menekan timbangan
hingga menjadi berat.

* Aku melihat umatku sedang berada di tepi neraka jahannam, tiba-
tiba muncullah PERASAAN GERUNNYA TERHADAP SEKSAAN ALLAH lalu membawa
dia jauh dari tempat itu.

* Aku melihat umatku terjerumus ke lembah neraka, lalu datanglah AIR
MATANYA YANG PERNAH MENGALIR KERANA TAKUT KEPADA ALLAH,
menyelamatkannya.

* Aku juga melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan
tubuhnya terketar-ketar seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup
angin, maka datanglah pahala BERBAIK SANGKA DENGAN ALLAH lalu
mententeramkannya melalui titian tersebut sehingga ke penghujungnya.

* Aku melihat umatku sedang meniti titian sirat dalam keadaan
merangkak dan meniarap lalu datanglah SOLATNYA merayu kepadaku dan
akupun memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri serta berjalan
hingga ke hujungnya.

* Aku melihat umatku sudah hampir tiba di pintu syurga tetapi tiba-
tiba pintu syurga tertutup, di waktu itu muncullah PENYAKSIANNYA
BAHAWA TIADA TUHAN YANG BERHAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH membukakan
kembali pintu itu dan diapun memasukinya.

* Aku melihat ramai orang sedang meggunting lidah mereka, aku
bertanya kepada Jibril siapa mereka? Jawab Jibril, itulah orang-
orang yang suka membawa mulut kesana sini.

* Aku juga melihat orang yang digantung lidah mereka. Aku bertanya
kepada Jibril siapa pula mereka? Jawab Jibril itulah pembalasan
orang yang suka menabur fitnah kepada orang-orang yang beriman tanpa
bukti.

No comments: